01
Jun
09

SOALAN 4 – Tuliskan sebuah karangan (tajuk bebas) dan berikan tajuk yang sesuai.

Kehidupan Sukar

Ayah Haziq sudah lama meninggal dunia. Sejak itu, kehidupan Haziq tiga beradik bersama ibunya agak malap bak kais pagi, kais petang makan petang. Haziq sebagai anak sulung bertekad akan terus belajar bersungguh- sungguh hingga mencapai impian untuk membela nasib ibu dan adiknya.

Mak Nurul, ibu Haziq melakukan berbagai-bagai ikhtiar untuk menambah pendapatan keluarganya. Dia mengambil upah menjahit, membuat kuih-muih dan nasi padang untuk dihantar ke pusat-pusat makan.

Pada suatu hari, ketika adik-adiknya sedang makan dengan penuh selera, Haziq menoleh ke arah mereka. Hazmi, adiknya yang tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan nasinya untuk melihat kiranya ada nasi yang bertaburan di atas lantai. Ibunya sering menasihati mereka agar makan dengan cermat. Jika dapat, sebiji nasi pun tidak dibenarkan jatuh ke atas lantai.

Adiknya, yang bongsu, juga makan dengan perlahan-lahan. Dia menyuap sesuap demi sesuap dengan penuh berhati-hati. Perlakuan begitu amat disenangi oleh ibunya.

“Hazmi, nak nasi lagi?” tanya Haziq.

“Tak hendak, bang. Aiz dah kenyang,” j awab jawab adiknya yang membahasakan dirinya. Aiz, sebagai nama timang-timangnya.

“Izzul?” tanya Haziq kepada adik kecilnya pula. 

Izzul mengganguk-anggukkan kepalanya. Haziq mengaul nasi dalam periuk lalu menaruhkannya ke dalam pinggan adiknya. Meskipun dia ingin makan lagi, selaranya tiba-tiba tertutup apabila melihat nasi nampak sedikit, biarlah diperuntukkan untuk adiknya sahaja.

“Kau dah kenyang, Haziq?” tanya Mak Nurul apabila Haziq menghulurkan pinggan kosong kepadanya.

” Kenyang mak,” jawab Haziq.

Mak Haziq tahu bahawa anaknya tidak berkata benar.

“Petang karang kau pergi rumah Pak Tahir, minta beras secupak. Katakan kepadanya, esok emak nak tolong tanam padinya,” suruh Mak Nurul.

“Baik Mak,” kata Haziq sambil mengangguk-angguk. Demikian kesetiaan seorang anak terhadap ibunya. Haziq tahu tentang penderitaan penyakit yang dihadapi oleh ibunya baru-baru ini. Walaupun begitu, beliau tetap berusaha mendapatkan rezeki untuk mereka. Sebenarnya penderitaan itulah mengajar dirinya tentang erti kehidupan.

Advertisement

0 Responses to “SOALAN 4 – Tuliskan sebuah karangan (tajuk bebas) dan berikan tajuk yang sesuai.”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.